Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO.<br /><br />Menurut Khairy, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas Majlis Tertinggi (MT) parti itu memuktamadkan keputusan sama ada mahu mengadakan pemilihan tersebut pada tahun ini atau menangguhkannya.
